Translate

 
Memaparkan catatan dengan label jambatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jambatan. Papar semua catatan

Pembinaan Jambatan dan Jalanraya Monsok

Gambar-gambar terbaru perkembangan kerja-kerja menyiapkan penaiktarafan jalanraya dan pembinaan Jambatan Besi Kg. Kuala Monsok.


Ketika artikel ini ditulis Jambatan besi ini boleh digunakan untuk pergi ke Monsok Tengah dan Ulu atau ke Terusmadi.

 Pemasangan Gabion
 Runtuhan yang masih berlaku
 Pemandangan Balairaya dan sungai monsok
Jalan boleh dilalui ketika musim kering. Masa hujan boleh guna 4WD

Posted bykmonsok at 7:49 PTG  

Pembangunan dan Penyelenggaraan

Pembangunan sememangnya diperlukan oleh tamadun manusia. Manusia telah mencapai tahap moden pada abad akhir ke 18, iaitu bermulanya revolusi perindustrian. Sebelum itu manusia melalui dua zaman iaitu zaman batu dan zaman besi.

Apa yang kita lihat sekarang ini amat membanggakan. Dalam masa 300 tahun sahaja kita sudah mencapai apa yang dipanggil 'beyond' atau 'future life'

Pada 19 september 2010 berlangsung mesyuarat mengenai pengurusan tanah berada dalam lingkungan kampung kuala monsok. Saya anggap mesyuarat ini penting sebagai penjanaan idea-idea daripada masyarakat monsok (Kuala Monsok, Monsok Tengah, Monsok Ulu, Monsokito, Monsorulung). Kehadiran tidak memuaskan. Didapati juga bahawa kepala surat yang dikirim tidak betul dari segi tujuan sebenar mesyuarat itu diadakan.

Mari kita lihat perkembangan di kuala monsok
Kerosakan pertama aspal (Kinaluan)

 Jambatan besi yang sudah siap (boleh digunakan)
 Keadaan sungai di musim kemarau
Keadaan sungai pegalan apabila banjir
Proses peneresan dan pelebaran jalanraya dilihat dari jauh (seberang jambatan besi)
Tanah teresan runtuh yang menjadi kebimbangan terbaru penduduk. Ada kebenarannya kerana jika sungai pegalan tersumbat sudah pasti ia melimpah ke kawasan rumah.

Posted bykmonsok at 11:00 PG  

Selamat Tinggal Jambatan Gantung

Posted bykmonsok at 10:32 PG  

Jambatan Besi Kuala Monsok 90 peratus sudah siap

Berikut adalah gambar yang sempat saya rakam ketika membuat lawatan ke tapak pembinaan. Jambatan ini sudah 90% siap, dan akan siap dalam masa terdekat. Kelewatannya adalah disebabkan oleh jumlah pampasan yang belum dinilai bagi rumah-rumah yang terjejas akibat pembinaan jambatan ini.

jambatan monsok

jambatan monsokKetinggian jambatan 40 kaki pada musin kemarau.
jambatan monsok

Posted bykmonsok at 7:22 PTG  

Update
Jalanraya siap diaspal.
Jambatan 70 peratus siap.

Posted bykmonsok at 2:32 PTG  

Jalanraya Kuala Monsok Sebelum dan Selepas

Projek pengaspalan Jalan raya ini telah melalui masa yang cukup panjang untuk diaspal. Masyarakat monsok terpkasa menunggu sehingga 14 tahun untuk melihat jalanraya mereka benar-benar diaspal dan bukan janji politik kosong.

Nampaknya bekalan eletrik telah mendahului pemasangannya walaupun bekalan eletrik jarang menjadi usul ketika musim pilihanraya. Sebelum ini penduduk kampung dibekalkan dengan generator yang cuma bertahan beberapa tahun dan kemudiannya digantikan pula dengan tenaga solar. Sumber tenaga solar juga tidak berpanjangan. Ada orang kampung yang menjualnya (panel solar) untuk menyara kehidupan.

Jalanraya ini amat penting bagi kampung kuala Monsok,Monsok Tengah dan Monsok Ulu sebagai penggerak kemajuan. Sebagai contoh Monsok Tengah dan Monsok Ulu sukar dikunjungi oleh pegawai perubatan dan guru-guru. Sebelum ini mereka mengharapkan doktor udara yang datang berkala. Kenderaan pacuan 4 roda juga seringkali terhenti setakat kampung Kuala Monsok kerana hujan di hulu yang menyebabkan banjir yang tidak terduga.

Mereka terpaksa berpatah balik kerana sungai pegalan tidak dapat dilalui. Siapa yang tidak kenal dengan sungai pegalan yang terkenal dengan kebuasannya untuk menghanyutkan kayu balak,rumah,tanah pertanian atau menenggelamkan kampung berdekatan. Ketika zaman 'kegemilangan' kayu balak di kampung ini,pernah ada dibina jambatan kayu yang berupa kayu balak tetapi siap disapu oleh sungai dalam 2 kejadian banjir.

Dengan penaiktarafan jalanraya ini telah memudahkan pengangkutan antara kampung dan pekan Tambunan untuk samada tujuan ekonomi,sosial atau kesihatan.

Monsok Tengah dan Monsok Ulu juga pasti dapat menjalankan kegiatan ekonomi dengan lebih efektif dengan siapnya jambatan besi menyeberangi sungai pegalan.

Pengreddan dan leveling sedang dilakukan.


Selepas di tar

Posted bykmonsok at 6:59 PTG