Translate

 

Jalanraya Kuala Monsok Sebelum dan Selepas

Projek pengaspalan Jalan raya ini telah melalui masa yang cukup panjang untuk diaspal. Masyarakat monsok terpkasa menunggu sehingga 14 tahun untuk melihat jalanraya mereka benar-benar diaspal dan bukan janji politik kosong.

Nampaknya bekalan eletrik telah mendahului pemasangannya walaupun bekalan eletrik jarang menjadi usul ketika musim pilihanraya. Sebelum ini penduduk kampung dibekalkan dengan generator yang cuma bertahan beberapa tahun dan kemudiannya digantikan pula dengan tenaga solar. Sumber tenaga solar juga tidak berpanjangan. Ada orang kampung yang menjualnya (panel solar) untuk menyara kehidupan.

Jalanraya ini amat penting bagi kampung kuala Monsok,Monsok Tengah dan Monsok Ulu sebagai penggerak kemajuan. Sebagai contoh Monsok Tengah dan Monsok Ulu sukar dikunjungi oleh pegawai perubatan dan guru-guru. Sebelum ini mereka mengharapkan doktor udara yang datang berkala. Kenderaan pacuan 4 roda juga seringkali terhenti setakat kampung Kuala Monsok kerana hujan di hulu yang menyebabkan banjir yang tidak terduga.

Mereka terpaksa berpatah balik kerana sungai pegalan tidak dapat dilalui. Siapa yang tidak kenal dengan sungai pegalan yang terkenal dengan kebuasannya untuk menghanyutkan kayu balak,rumah,tanah pertanian atau menenggelamkan kampung berdekatan. Ketika zaman 'kegemilangan' kayu balak di kampung ini,pernah ada dibina jambatan kayu yang berupa kayu balak tetapi siap disapu oleh sungai dalam 2 kejadian banjir.

Dengan penaiktarafan jalanraya ini telah memudahkan pengangkutan antara kampung dan pekan Tambunan untuk samada tujuan ekonomi,sosial atau kesihatan.

Monsok Tengah dan Monsok Ulu juga pasti dapat menjalankan kegiatan ekonomi dengan lebih efektif dengan siapnya jambatan besi menyeberangi sungai pegalan.

Pengreddan dan leveling sedang dilakukan.


Selepas di tar

Posted bykmonsok at 6:59 PTG  

Comments

Facebook Comments