Translate

 
Memaparkan catatan dengan label jalanraya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jalanraya. Papar semua catatan

Jalan Monsok Tanah Runtuh

Berikut adalah gambar tanah runtuh berdekatan bekas kilang balak, diharapkan supaya pihak berwajib supaya mengambil tindakan segera memperbaikinya.

Sangat menyusahkan terutama musim hujan dan kepada kereta-kereta kecil (K-car). Jalan raya runtuh sekitar 80%.




Posted bykmonsok at 6:23 PG  

Pembinaan Jambatan dan Jalanraya Monsok

Gambar-gambar terbaru perkembangan kerja-kerja menyiapkan penaiktarafan jalanraya dan pembinaan Jambatan Besi Kg. Kuala Monsok.


Ketika artikel ini ditulis Jambatan besi ini boleh digunakan untuk pergi ke Monsok Tengah dan Ulu atau ke Terusmadi.

 Pemasangan Gabion
 Runtuhan yang masih berlaku
 Pemandangan Balairaya dan sungai monsok
Jalan boleh dilalui ketika musim kering. Masa hujan boleh guna 4WD

Posted bykmonsok at 7:49 PTG  

Perasmian Jalanraya Aspal Kuala Monsok

Majlis Perasmian memotong 'reben' menandakan Jalanraya Bertar Kg. Kuala Monsok sudah sempurna untuk digunakan sepenuhnya. Untuk pengunjung jalanraya bertar ini sudah lama ditunggu-tunggu oleh masyarakat kampung kuala monsok.

Bagi pihak masyarakat kampung monsok dan sekitarnya, kami amat berterima kasih dengan pembangunan seperti ini, yang akan memberi banyak manafaat kepada penduduk kampung.

Tahniah juga diucapkan kepada kontraktor yang dilantik (Kumpulan Azizi) kerana menyiapkan projek ini lebih awal dari jadual sebenar.

Gambar atas kelihatan, YBHG. Datuk Seri Joseph Pairin memotong 'reben' disaksikan Pengerusi JKKK Helena Yalison, PKR Tambunan Laiwon Dalus serta beberapa penduduk kampung.

Posted bykmonsok at 5:19 PTG  

Update
Jalanraya siap diaspal.
Jambatan 70 peratus siap.

Posted bykmonsok at 2:32 PTG  

Jalanraya Kuala Monsok Sebelum dan Selepas

Projek pengaspalan Jalan raya ini telah melalui masa yang cukup panjang untuk diaspal. Masyarakat monsok terpkasa menunggu sehingga 14 tahun untuk melihat jalanraya mereka benar-benar diaspal dan bukan janji politik kosong.

Nampaknya bekalan eletrik telah mendahului pemasangannya walaupun bekalan eletrik jarang menjadi usul ketika musim pilihanraya. Sebelum ini penduduk kampung dibekalkan dengan generator yang cuma bertahan beberapa tahun dan kemudiannya digantikan pula dengan tenaga solar. Sumber tenaga solar juga tidak berpanjangan. Ada orang kampung yang menjualnya (panel solar) untuk menyara kehidupan.

Jalanraya ini amat penting bagi kampung kuala Monsok,Monsok Tengah dan Monsok Ulu sebagai penggerak kemajuan. Sebagai contoh Monsok Tengah dan Monsok Ulu sukar dikunjungi oleh pegawai perubatan dan guru-guru. Sebelum ini mereka mengharapkan doktor udara yang datang berkala. Kenderaan pacuan 4 roda juga seringkali terhenti setakat kampung Kuala Monsok kerana hujan di hulu yang menyebabkan banjir yang tidak terduga.

Mereka terpaksa berpatah balik kerana sungai pegalan tidak dapat dilalui. Siapa yang tidak kenal dengan sungai pegalan yang terkenal dengan kebuasannya untuk menghanyutkan kayu balak,rumah,tanah pertanian atau menenggelamkan kampung berdekatan. Ketika zaman 'kegemilangan' kayu balak di kampung ini,pernah ada dibina jambatan kayu yang berupa kayu balak tetapi siap disapu oleh sungai dalam 2 kejadian banjir.

Dengan penaiktarafan jalanraya ini telah memudahkan pengangkutan antara kampung dan pekan Tambunan untuk samada tujuan ekonomi,sosial atau kesihatan.

Monsok Tengah dan Monsok Ulu juga pasti dapat menjalankan kegiatan ekonomi dengan lebih efektif dengan siapnya jambatan besi menyeberangi sungai pegalan.

Pengreddan dan leveling sedang dilakukan.


Selepas di tar

Posted bykmonsok at 6:59 PTG  

Projek pengaspalan jalanraya monsok-kaingaran

Project work in progress....

Posted bykmonsok at 9:23 PTG