Translate
Memancing Ikan Sebarau Monsok
Isnin, 20 Januari 2014
Seorang peminat pancing cara 'Casting' yang bernama Ade Azreen Mohamad, pernah melawat kampung kuala monsok untuk menjinakkan ikan-ikan yang ada di sungai pegalan.
Berikut adalah beberapa detik-detik video yang mana beliau sempat rakam dan bahagikan di youtubenya.
Menjinakkan ikan sebarau (panggilan tempatan 'bangku') di lokasi bantaralan.
Menjinakkan ikan kelah (panggilan tempatan 'pelian') di lokasi togop/balairaya.
Ikan Sebarau

Ikan Kelah/Pelian/Empurau
Variasi-kelah emas,kelah hijau, kelah biru

Bagaimana nak ke Kampung Kuala Monsok?

Tempatnya kira-kira 100 kilometer dari Kota Kinabalu dan 20 kilometer dari Pekan Tambunan.
p/s: ribuan terima kasih kepada Ade Azreen Mohamad, diharapkan anda datang lagi ke kampung monsok dan membawa geng pancing
Posted bykmonsok at 1:48 PG
Labels: casting sungai, ikan sebarau, iksn kelah, sistem tagal sungai, tempat memancing tambunan
Pancing Monsok Tambunan-Mari bercasting
Khamis, 6 Disember 2012
Promosi kepada kaki pancing seluruh Malaysia yang berada di Sabah, jika anda tercari-cari lokasi memancing yang indah dan mencabar anda boleh datang ke daerah Tambunan Kampung Kuala Monsok.
Terdapat 2 buah sungai yang melalui kampung ini dan salah satunya adalah Sungai Pegalan yang terkenal sewaktu banjir Greg melanda suatu ketika dahulu.
Kedua-dua sungai ini telah ditagal bermula tahun 2005 dan hasilnya sehingga kini amat memberansangkan terutama kepada penggiat pancing/mengail ikan air tawar. Siapa yang tidak kenal dengan keganasan ikan Kelah atau nama tempatan polian/pelian/paitan apabila merentap pancing anda.
Siapa yang berminat bolehla datang ke lokasi ini dan berjumpa dengan AJK Penagalan Sungai untuk keterangan lanjut.
Gambar mengail cara casting.
| Tangkap,sukat dan lepas |
| Penggiat pancing Frederic |
| Tangkapan ikan kelah 1.7 kg |
| Casting ikan Kelah di kawasan jeram |

Posted bykmonsok at 1:13 PTG
Labels: casting sungai, kaki pancing, mengail sungai pegalan, sistem tagal sungai, tempat memancing tambunan
