Translate

 

PENGGUNAAN HIDUPAN LIAR BURUAN SECARA BERKEKALAN

Lesen Haiwan Kampung Pertama – Satu Kenyataan
Oleh: Augustine Tuuga & Soren Mark Jensen

Persetujuan dua lesen haiwan kampung yang pertama di antara penduduk kampung Mosok & Inarad dan Jabatan Hidupan Liar (JHL) akan ditandatangani tidak lama lagi. Ini adalah titik bermulanya pemburuan secara berkekalan yang melibatkan masyarakat kampung di Kawasan Pemburuan Kampung yang diwartakan. Setelah setahun setengah membangunkan model ini, pihak JHL dan orang-orang kampung yang berkenaan sudah sedia untuk memulakan skim/rancangan baru ini yang akan memberi penduduk tempatan (kampung tersebut) hak terhadap haiwan buruan yang boleh diburu dalam kawasan yang telah diwartakan.

Pemburuan haiwan buruan adalah ditetapkan mengikut kuota tahunan yang telah dipersetujui sementara haiwan yang dilindungi akan dipulihara. Skim ini seterusnya akan membantu penduduk tempatan dalam mengawasi dan menghalang pemburu luar memasuki kawasan yang telah diwartakan. Komuniti di dua kampung ini, masing-masing telah mewujudkan satu Jawtankuasa pemburu, yang akan mengawasi atau memantau pemburuan di kawasan mereka.
Jawtankuasa ini akan dibantu oleh Pejabat JabatanHidupan Liar daerah dan Warden Hidupan Liar. Kawasan yang dalam proses pewartaan ini telah terlebih dahulu dikenalpasti dengan bantuan penduduk-penduduk kampung menerusi beberapa siri perbincangan dengan kakitangan JHL, Badan Bukan Kerajaan - PACOS yang membantu Jabatan membangunan skim/rancangan ini.

Kawasan-kawasan ini meliputi kawasan pemburuan tradisional dan kawasan penting bagi masyarakat kampung terbabit dan mereka serta pejabat-pejabat Daerah berkenaan telah menunjukkan minat yang tinggi dalam pelaksanaan skim ini.Kakitangan Jabatan telah membuat kajian di dua (2) kawasan ini dan PACOS telah mengumpul data mengenai amalan pemburuan tradisional dan kekerapan aktiviti ini. Ini adalah untuk mendapatkan data asas bagi menentukan kuota tahunan spesis buruan.

Kajian yang telah dilaksanankan – Sebelum model ini dibangunan, JHL dengan bantuan DANIDA/(Projek SWD-CAP), telah melantik PACOS untuk menjalankan kajian tentang kepentingan daging hidupan liar untuk komuniti tempatan di seluruh negeri Sabah.

Kajian tersebut adalah berdasarkan informasi daripada 19 komuniti luar bandar termasuk semua
kumpulan etnik terbesar di Sabah. Kajian menunjukkan setiap penduduk luar bandar sekurang-kurungnya memerlukan 120kg daging hidupan liar setiap tahun. Jenis daging-daging buruan ini adalah terdiri daripada Babi Hutan, Payau, Kijang dan Pelanduk.Secara tidak langsung, ini menunjukkan daging haiwan liar adalah sumber protin utama bagi sebahagian besar komuniti luar bandar dan juga pemburuan adalah aktiviti yang penting dari segi tradisi dan kebudayaan. Akhir sekali, hasil kajian menunjukkan pemburuan di luar bandar oleh pemburu luar (dari bandar) sangat giat dan mengambil sebahagian besar sumber-sumber hidupan liar di luar bandar.

Di Kg. Monsok, Tambunan, persetujuan tersebut telah dibuat dengan 4 buah kampung dengan sejumlah 99 penduduk (Kg.Menserulung, Kg. Kuala Monsok, Kg. Monsok Tengah dan Kg.Monsok Ulu) dan dimana kedudukan kampung-kampung ini adalah berdekatan di antara satu sama lain. Mereka akan berkongsi satu kawasan memburu yang sama dan kuota pemburuan seperti
diperuntukkan oleh JHL. Kawasan yang telah diwartakan mempunyai saiz lebih kurang 6,000ha dan terletak di dalam Unit Pengurusan Hutan Lot 10 di bawah Jabatan Perhutanan Sabah.

Di Inarad, persetujuan tersebut telah dibuat dengan lebih kurang 116 orang penduduk. Inarad adalah sebuah kampung yang terpencil di daerah Tongod. Kawasan yang dirancang untuk diwartakan adalah kira-kira 15,000 ha dan terletak di dalam Unit Pengurusan Hutan 15 & 16 , di bawah Yayasan Sabah. Sebahagian besar kawasan yang di cadangkan ini adalah di dalam “bufferzone” baru (“outer bufferzone 2”, Hutan Komersial Kelas II) yang mengelilingi Maliau Basin. Menurut pelan pengurusan baru, Maliau Basin, kawasan “bufferzone 2” ini akan dibalak berulang kali untuk jangkamasa panjang secara bergilir.

Walaubagaimanapun, pembalakan masih boleh dilaksanakan selaras dengan pengurusan hidupan liar jika ia dilaksanakan mengikut prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah perhutanan berkekalan. Perbincangan akhir dengan penduduk-penduduk kampung, Pegawai Daerah, Jabatan Perhutanan dan Yayasan Sabah masih diteruskan. Terdapat tanda-tanda positif yang mengarah kepada satu
persetujuan yang sama dimana perhutanan berkekalan dan sokongan masyarakat kampung, melalui pemeliharaan dan penggunaan hidupan liar secara berkekalan, boleh dan mesti dilakukan bersama-sama.

Posted bykmonsok at 9:40 PG  

Comments

Facebook Comments