Translate

 

Jalan Monsok Tanah Runtuh

Berikut adalah gambar tanah runtuh berdekatan bekas kilang balak, diharapkan supaya pihak berwajib supaya mengambil tindakan segera memperbaikinya.

Sangat menyusahkan terutama musim hujan dan kepada kereta-kereta kecil (K-car). Jalan raya runtuh sekitar 80%.




Posted bykmonsok at 6:23 PG  

Tabika Kemas Monsorulung

Tabika Kemas Kg.Monsorulung

Statistik Tabika Kemas
*Ketika artikel ini ditulis para guru Tabika Kemas telahpun menghabiskan pembelajaran/kuliah di Maktab-maktab perguruan sempena mucim cuti sekolah (2 minggu)

Tabika Kemas tetap relevan

 

Kakitangan Kemas gembira sambil menunjukkan sijil anugerah cemerlang di majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kemas dan Persaraan di Kompleks Islam Iskandar, Johor Bahru kelmarin.
JOHOR BAHRU 31 Julai - Biarpun terdapat kelas pendidikan prasekolah yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan dan pusat bimbingan oleh pihak swasta, kewujudan dan fungsi taman bimbingan kanak-kanak (tabika) kelolaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) masih dianggap relevan.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kualiti pembelajaran di kesemua Tabika Kemas di negeri ini telah dipertingkatkan menerusi beberapa kaedah termasuk pengambilan guru baharu yang mempunyai kelulusan sehingga ke peringkat diploma.
Beliau berkata, hingga kini terdapat kira-kira 23,000 kanak-kanak mengikuti pendidikan di 1,177 kelas prasekolah melibatkan tenaga kerja seramai 2,700 orang di negeri ini.
"Selain itu, sebanyak 26 tabika di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) turut disediakan pihak kerajaan membabitkan 243 kanak-kanak selain 45 Tabika Permata di Johor dengan penyertaan 1,045 kanak-kanak.
"Saya amat yakin dan percaya Kemas akan terus relevan dalam memberi pendidikan awal kanak-kanak pada masa akan datang walaupun sudah banyak prasekolah dan tabika swasta yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di negeri ini," katanya dalam ucapan perasmian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kemas Johor 2013, di sini semalam.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Asiah Md. Ariff.
Yang turut hadir Pengarah Kemas negeri, Taufik Mohd. Yusop dan kira-kira 200 kakitangan Kemas di seluruh negeri yang diraikan pada majlis berkenaan.
Menteri Besar berkata, Kemas juga bukan hanya menumpukan kepada pendidikan kanak-kanak, malah turut menjalankan tanggungjawab dan peranan lebih besar dalam pembangunan khususnya dalam kalangan masyarakat luar bandar.
"Secara keseluruhannya, saya melihat Kemas telah membantu sama ada Kerajaan Pusat mahupun negeri dalam memastikan kesejahteraan hidup rakyat sentiasa dapat ditingkatkan bersesuaian dengan gagasan 1Malaysia," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20130801/wj_01/Tabika-Kemas-tetap-relevan#ixzz2cXzHnY36
© Utusan Melayu (M) Bhd

Posted bykmonsok at 5:42 PG