Translate

 

Projek pengaspalan jalanraya monsok-kaingaran

Project work in progress....

Posted bykmonsok at 9:23 PTG  

Masalah bekalan air bersih penduduk l-bandar tetap diberi perhatian: Pairin

TAMBUNAN: Masalah kekurangan bekalan air bersih yang dialami oleh penduduk Kampung Kuala Monsok dan Tondulu di pedalaman daerah ini mendapat perhatian kerajaan dengan pemberian bantuan tangki air berkapasiti 900 liter.

Sebelum ini penduduk di kedua-dua kampung hanya bergantung penuh kepada bekalan air paip graviti dan air hujan.

Berikutan masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung berkenaan, kerajaan melalui Pejabat Daerah mengambil inisiatif memberikan bantuan tangki air, setiap keluarga di Kampung Kuala Monsok menerima 58 buah tangki air manakala penduduk di kampung Tondulu menerima 57 tangki air.

Bantuan itu diserahkan oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Joseph Pairin Kitingan, di Balairaya Kampung Kuala Monsok, dekat sini, kelmarin.

Pairin dalam ucapannya, menjelaskan bantuan tangki air itu adalah sebahagian daripada bantuan yang diberikan oleh kerajaan sebagai bukti keprihatinan kepada masalah dan keperluan penduduk di luar bandar selaras dengan usaha kerajaan meningkatkan kualiti hidup rakyat di kawasan itu.

Turut hadir, Pegawai Daerah Tambunan Thomas Angor, Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Thomas Logojin, Pemimpin Kemajuan Rakyat Tambunan Laiwon Dalus, Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri Welfredoline Jakil, Pemaju Mukim Monsorulung Lojiun Gunting dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Kuala Monsok, Puan Halena Yalison.

Pairin yang juga Adun Kawasan Tambunan mengingatkan pihak JKKK di daerah Tambunan supaya selalu berhubung dengan pihak Pejabat Daerah untuk mengemukakan permohonan dan keperluan di kawasan masing-masing.

"Pihak Pejabat Daerah menerima permohonan seluruh JKKK di daerah Tambunan yang berjumlah 88 Jawatankuasa untuk dipertimbangkan, bagaimanapun bukan semua permohonan ini dapat diluluskan sekaligus kerana pertimbangan kelulusan berdasarkan peruntukan yang ada dan juga keperluan mendesak, "katanya.

Oleh itu beliau berharap pihak JKKK tidak cepat berputus asa apabila permohonan mereka lambat untuk dilaksanakan.

"Kita sentiasa berusaha dan mengambil inisiatif mencari peruntukan tambahan kepada peruntukan sedia ada, yang sudah pasti tidak mencukupi jika dibandingkan dengan keperluan dan permohonan yang dikemukakan oleh JKKK," katanya.

Selain menerima bantuan tangki air, Kampung Kuala Monsok juga turut menerima projek pembinaan benteng penahan hakisan di kampung itu memandangkan banjir sering berlaku berikutan kedudukannya yang terletak di pertemuan antara Sungai Pegalan dan Sungai Monsok.

Terdahulu sebelum itu, Thomas turut meluahkan rasa kesalnya terhadap tindakan segelintir pihak yang mengambil jalan menyiarkan masalah yang mereka hadapi untuk dipaparkan di media cetak untuk tujuan tertentu.

Katanya, masalah yang berlaku di mana-mana kampung di bawah pentadbiran pejabat daerah sepatutnya dirujuk terlebih dahulu kepada pihak Pejabat Daerah untuk direkodkan dan tindakan lanjut.

"Pihak Pejabat Daerah sentiasa berusaha membantu masyarakat dan memikirkan langkah jangka pendek yang perlu diambil bagi memperbaiki masalah yang dihadapi penduduk kampung," katanya.

sumber:New Sabah Times

Posted bykmonsok at 9:12 PTG  

Kuala Monsok Era Pembangunan

kuala monsok

Posted bykmonsok at 12:44 PTG  

Monsok

Perkataan monsok wujud daripada 2 keadaan iaitu lumosok (sembunyi) dan masak (buah-buahan).

Monsok terdiri daripada 3 kawasan geografi iaitu Monsok Ulu (bahagian ulu), Monsok Tengah (bahagian tengah) dan Kuala Monsok (hilir), manakala terdapat lagi kawasan yang dipanggil Monsokito yang boleh dikatakan sebahagian daripada Monsok Tengah.

Monsorulung pula bukanlah sambungan daripada perkataan Monsok tetapi pada suatu masa dahulu kampung ini berada dibawah pentadbiran Kuala Monsok.




Posted bykmonsok at 12:34 PTG