Translate

 

Perasmian Jalanraya Aspal Kuala Monsok

Majlis Perasmian memotong 'reben' menandakan Jalanraya Bertar Kg. Kuala Monsok sudah sempurna untuk digunakan sepenuhnya. Untuk pengunjung jalanraya bertar ini sudah lama ditunggu-tunggu oleh masyarakat kampung kuala monsok.

Bagi pihak masyarakat kampung monsok dan sekitarnya, kami amat berterima kasih dengan pembangunan seperti ini, yang akan memberi banyak manafaat kepada penduduk kampung.

Tahniah juga diucapkan kepada kontraktor yang dilantik (Kumpulan Azizi) kerana menyiapkan projek ini lebih awal dari jadual sebenar.

Gambar atas kelihatan, YBHG. Datuk Seri Joseph Pairin memotong 'reben' disaksikan Pengerusi JKKK Helena Yalison, PKR Tambunan Laiwon Dalus serta beberapa penduduk kampung.

Posted bykmonsok at 5:19 PTG  

Comments

Facebook Comments