Translate

 

Christmas 2010: Warna-warna Monsok

Christmas 2010: Warna-warna Monsok

Koir daripada KBK St. Edwin Monsok





Julius Lagu Selingan bersama Sompoton



Pasukan Merambat

Ikan Sarawi dan Kelah

Baby Christmas 2010



Joanes Tassim stylo mencabut Lucky Draw



Bagi-bagi ahh...

Posted bykmonsok at 9:13 PTG  

Pembinaan Jambatan dan Jalanraya Monsok

Gambar-gambar terbaru perkembangan kerja-kerja menyiapkan penaiktarafan jalanraya dan pembinaan Jambatan Besi Kg. Kuala Monsok.


Ketika artikel ini ditulis Jambatan besi ini boleh digunakan untuk pergi ke Monsok Tengah dan Ulu atau ke Terusmadi.

 Pemasangan Gabion
 Runtuhan yang masih berlaku
 Pemandangan Balairaya dan sungai monsok
Jalan boleh dilalui ketika musim kering. Masa hujan boleh guna 4WD

Posted bykmonsok at 7:49 PTG  

Pembangunan dan Penyelenggaraan

Pembangunan sememangnya diperlukan oleh tamadun manusia. Manusia telah mencapai tahap moden pada abad akhir ke 18, iaitu bermulanya revolusi perindustrian. Sebelum itu manusia melalui dua zaman iaitu zaman batu dan zaman besi.

Apa yang kita lihat sekarang ini amat membanggakan. Dalam masa 300 tahun sahaja kita sudah mencapai apa yang dipanggil 'beyond' atau 'future life'

Pada 19 september 2010 berlangsung mesyuarat mengenai pengurusan tanah berada dalam lingkungan kampung kuala monsok. Saya anggap mesyuarat ini penting sebagai penjanaan idea-idea daripada masyarakat monsok (Kuala Monsok, Monsok Tengah, Monsok Ulu, Monsokito, Monsorulung). Kehadiran tidak memuaskan. Didapati juga bahawa kepala surat yang dikirim tidak betul dari segi tujuan sebenar mesyuarat itu diadakan.

Mari kita lihat perkembangan di kuala monsok
Kerosakan pertama aspal (Kinaluan)

 Jambatan besi yang sudah siap (boleh digunakan)
 Keadaan sungai di musim kemarau
Keadaan sungai pegalan apabila banjir
Proses peneresan dan pelebaran jalanraya dilihat dari jauh (seberang jambatan besi)
Tanah teresan runtuh yang menjadi kebimbangan terbaru penduduk. Ada kebenarannya kerana jika sungai pegalan tersumbat sudah pasti ia melimpah ke kawasan rumah.

Posted bykmonsok at 11:00 PG  

Selamat Tinggal Jambatan Gantung

Posted bykmonsok at 10:32 PG  

Home Stay programme kg. kuala monsok tambunan

From London to Kuala Monsok


i'm not sure but the video should be HD of 1280 x 720 resolution

*Update*
I can't remember the full list, here is the few:
-Tim Abrahart
-Hugh Sutton
-Helena Valley
-Dan Miller
-Nicki Mitchell
-Daniel Wicks
-
-
more to come next...

Posted bykmonsok at 3:27 PG  

Koir Kanak-kanak

Koir Kanak-kanak sempena Hari Kepadrian Fr. Bonaventure dan Fr. Cladius Julai 2010

Posted bykmonsok at 5:50 PTG  

Tangki air untuk Kuala Monsok Dan Tondulu Tambunan

Berita Arkib daripada New Sabah Times


16 Jun 2008

Tambunan: Warga desa di Kuala Monsok dan Tondulu diterima tangki air dengan kapasiti jumlah keseluruhan 900 liter baru-baru ini untuk menyimpan bekalan yang diperolehi dari kedua-dua sistem graviti dan air hujan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Joseph Pairin Kitingan menyerahkan 58 tangki air untuk keluarga di Kg Kuala Monsok dan 57 untuk mereka yang Kg Tondulu.

Penduduk desa berkumpul di Kuala Kg Monsok untuk menerima penyerahan tangki di hadapan pejabat daerah, Thomas Angor dan beberapa tokoh masyarakat.

Pairin, Menteri Pembangunan Pedesaan dan ahli-ahli parlimen untuk mengingatkan Tambunan 88 Desa Jawatankuasa Keselamatan dan Pembangunan (JKKKs) dalam konstituensinya akan selalu berkomunikasi dengan pejabat kabupaten untuk mengemas keperluan mereka pada rakyat.

Dia menyarankan mereka untuk tidak mudah menyerah ketika aplikasi ditolak kerana kelulusan didasarkan pada peruntukan yang sedia dan urgensi.

Kg Kuala Monsok juga diberikan projek tanggul untuk mencegah hakisan tanah di kawasan tersebut seperti yang sering banjir.

**Ayat ini diterjemah dari bahasa Inggeris, mungkin ada kejanggalan.

Ulasan
Terima kasih kepada kerajaan yang sudi mendengar keluhan rakyat Monsok. Tangki tersebut sedikit-sebanyak dapat meringankan beban para penduduk yang seringkali ketiadaan stok meyimpan air.




Difahamkan bahawa ada tangki yang sudah pecah kerana penjagaan yang tidak sempurna.

Posted bykmonsok at 6:06 PTG  

Selamat hari Pekerja

Kepada pekerja yang bertungkus lumus dalam apa juga kegiatan di kampung terutamanya projek besar sekarang ini seperti pengaspalan jalanraya dan pembinaan jambatan besi kami mengucapkan Selamat Hari Pekerja 2010.

Berehat sementara dan menikmati gaji yang diterima bersama keluarga dan sahabat handai.
kuala monsok julius buyong
Julius Buyong
kuala monsok jupiter tanggang
Jupiter Tanggang
kuala monsok laibin dan oson
Laibin dan juga Oson Butod

Asal Usul Hari Pekerja.
Hari pekerja juga popular dengan panggilan Hari Buruh.

Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884,Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886.

Posted bykmonsok at 12:50 PTG  

Jambatan Besi Kuala Monsok 90 peratus sudah siap

Berikut adalah gambar yang sempat saya rakam ketika membuat lawatan ke tapak pembinaan. Jambatan ini sudah 90% siap, dan akan siap dalam masa terdekat. Kelewatannya adalah disebabkan oleh jumlah pampasan yang belum dinilai bagi rumah-rumah yang terjejas akibat pembinaan jambatan ini.

jambatan monsok

jambatan monsokKetinggian jambatan 40 kaki pada musin kemarau.
jambatan monsok

Posted bykmonsok at 7:22 PTG  

Tadau Kaamatan Kuala Monsok 2010

Kotobian Tadau Tagayo do Kaamaatan kumaa tobpinai ngawi.

Kelihatan YB Pairin merasmikan Tadau Kaamatan peringkat Kg.Kuala Monsok melalui gimmik "menirih" padi
YB Pairin disambut oleh Penduduk Kampung.

Posted bykmonsok at 5:11 PTG  

Perasmian Jalanraya Aspal Kuala Monsok

Majlis Perasmian memotong 'reben' menandakan Jalanraya Bertar Kg. Kuala Monsok sudah sempurna untuk digunakan sepenuhnya. Untuk pengunjung jalanraya bertar ini sudah lama ditunggu-tunggu oleh masyarakat kampung kuala monsok.

Bagi pihak masyarakat kampung monsok dan sekitarnya, kami amat berterima kasih dengan pembangunan seperti ini, yang akan memberi banyak manafaat kepada penduduk kampung.

Tahniah juga diucapkan kepada kontraktor yang dilantik (Kumpulan Azizi) kerana menyiapkan projek ini lebih awal dari jadual sebenar.

Gambar atas kelihatan, YBHG. Datuk Seri Joseph Pairin memotong 'reben' disaksikan Pengerusi JKKK Helena Yalison, PKR Tambunan Laiwon Dalus serta beberapa penduduk kampung.

Posted bykmonsok at 5:19 PTG  

Pesta Pembukaan Tagal Kg. Monsok

Gambar-gambar menarik sewaktu pembukaan tagal sungai monsok dan pegalan di kampung kuala monsok pada 15 mac 2010, kalau tidak silap ini adalah pembukaan yang ke-3 dan nampaknya hasil semakin bertambah banyak. Ini belum di tuai ikan yang lain seperti udang, ketam,sinsilog,labi,rokot dsb.

Sebelum mini pernah diadakan pertandingan memancing di sungai yang sama.

Bergaya bersama ikan yang ditangkap sebelum pembahagian.
Odu Unsung bersama Polian
Kilauan emas si raja sungai kelah,paitan atau polian.
Pantai pun cantik
Ambi mu...nda payah rambat, main saluk pun bulih dapat.


gambar oleh kamilus g.
Syabas kepada pengerusi dan AJK samada lama atau baru yang pernah menerajui penagalan ini sehingga hasilnya dapat dilihat sekarang.

Logo Tagal Kg. Kuala Monsok

Posted bykmonsok at 2:17 PTG  

Update
Jalanraya siap diaspal.
Jambatan 70 peratus siap.

Posted bykmonsok at 2:32 PTG