Translate

 

Selamat hari Pekerja

Kepada pekerja yang bertungkus lumus dalam apa juga kegiatan di kampung terutamanya projek besar sekarang ini seperti pengaspalan jalanraya dan pembinaan jambatan besi kami mengucapkan Selamat Hari Pekerja 2010.

Berehat sementara dan menikmati gaji yang diterima bersama keluarga dan sahabat handai.
kuala monsok julius buyong
Julius Buyong
kuala monsok jupiter tanggang
Jupiter Tanggang
kuala monsok laibin dan oson
Laibin dan juga Oson Butod

Asal Usul Hari Pekerja.
Hari pekerja juga popular dengan panggilan Hari Buruh.

Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884,Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886.

Posted bykmonsok at 12:50 PTG