Translate

 

BANCI PEKEBUN KECIL RISDA 2013

BANCI PEKEBUN KECIL RISDA 2013

PENGENALAN

Banci Pekebun Kecil Getah dan Sawit adalah bertujuan untuk membantu kerajaan
dalam membekalkan maklumat terkini dan terperinci mengenai sektor Pekebun Kecil
Getah dan Sawit. Ini akan memudahkan kerajaan merancang pembangunan sektor
pekebun kecil dalam meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka.

RISDA telah menjalankan tiga (3) kali Banci Pekebun Kecil iaitu pada tahun 1977,
1992 dan 2002 yang meliputi seluruh Semenanjung Malaysia bagi mengutip maklumat
seperti:-
1) Profil pekebun dan kebun,
2) Penyertaan pekebun kecil dalam projek pembangunan dijalankan oleh RISDA
3) Insiden kemiskinan dalam masyarakat pekebun kecil.
Banci Pekebun Kecil RISDA 2013 adalah merupakan banci kali ke-empat (4). Banci ini
telah diluluskan oleh Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA bertarikh 29 Mac 2012 dengan
peruntukan RM 14.8 juta. Pelaksanaan Banci ke-empat ini akan dilaksanakan pada 17
Jun 2013.

PERUNDANGAN

Mengikut Seksyen 6/2(a)(v) Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil
Perusahaan Getah 1972:
‘Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) hendaklah
mendapatkan dan menyimpan perangkaan-perangkaan yang perlu berhubung dengan
sektor pekebun kecil dan menyebabkan supaya maklumat itu diberikan kepada
kerajaan.’

OBJEKTIF BANCI
Objektif banci antaranya adalah untuk:-
1. Mewujudkan sistem pangkalan data terkini profil pemilik, pengusaha dan kebun
bagi getah dan sawit.
2. Mendapatkan statistik terkini berkaitan pemilik, pengusaha, kebun dan data
sosio-ekonomi.
3. Mendapatkan data penglibatan pekebun kecil dalam program pembangunan
RISDA/ agensi lain dan data aktiviti kemasyarakatan.
4. Mewujudkan penanda aras baru dalam membuat perancangan dan pengurusan
pekebun kecil dan kebun getah dan sawit.

SKOP BANCI

Skop Banci adalah seperti berikut:-
1. Responden banci meliputi

i. pemilik pengusaha,
ii. pemilik bukan pengusaha,
iii. pengusaha bukan pemilik
2. Responden banci meliputi pekebun kecil getah & sawit dengan keluasan
pemilikan kurang daripada 100 ekar (40.4686 hektar) dan pengusaha.
3. Kawasan banci meliputi seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

TOPIK BANCI

Soalan Bancian meliputi beberapa topik iaitu:
1. Bahagian A – Maklumat Pekebun kecil
2. Bahagian B – Maklumat Isi Rumah
3. Bahagian C – Maklumat Tanah/Lot

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA BANCIAN
Semasa pembancian dijalankan pembanci perlu melihat dokumen geran tanah
kepunyaan pekebun kecil dan ahli isi rumah bagi merekodkan maklumat tanah/lot
dalam borang soalselidik.

TEMPOH PEMBANCIAN

Tempoh pembancian adalah daripada 17 Jun sehingga 21 Julai 2013.

KAEDAH PEMBANCIAN

Pelaksanaan Banci 2013 , RISDA akan menggunakan kaedah pembancian secara:
i. Temu ramah bersemuka
Pembanci akan melawat ke setiap rumah kediaman untuk menemu ramah
pekebun kecil bagi mendapatkan maklumat .
ii. e-Banci
Responden boleh mengisi soal selidik secara online melalui laman web
RISDA. Pengisian sendiri soalselidik ini hanya melibatkan pekebun kecil yang
berada di luar kawasan atau kawasan bandar.

HASIL BANCI

Di akhir banci ini hasilnya adalah:-
1. Laporan Statistik Banci
2. Buku Laporan Banci
3. Pangkalan Data SPSS
4. Pangkalan Data Maklumat Asas Pekebun Kecil Getah (e-SPeK) – Statistik
Pekebun Kecil

RINGKASAN BANCI 2013

Banci Pekebun Kecil RISDA 2013:-
1. Pekebun Kecil : Getah dan Sawit
2. Liputan Responden : Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak
3. Anggaran Responden : 927,743 orang
4. Tempoh Pembancian : 17 Jun-21 Julai 2013
5. Kaedah Pembancian : Kaedah temuramah bersemuka dan pengisian sendiri
secara online (e-Banci)

Posted bykmonsok at 10:42 PTG  

Kontrak merantis tiang eletrik

sumber:sinar harian

Posted bykmonsok at 4:17 PG